Senin, 12 Maret 2012

PROF. DR. Muhammad al-Ghazali (1917-1996)


ghazali.gif
Buku beliau yang sangat kontroversial adalah "As Sunnah An Nabawiyah Baina ahli Al Fiqh wa Ahli Al hadits", buku tersebut menguncang banyak negara-negara di Timur Tengah selama beberapa tahun.  Beliau dikenal Ulama yang modernis  yang berpengaruh besar terhadap gerakan kebangkitan Islam Di Mesir. Beliau sangat produktif tidak kurang menulis 94 buah buku.


Muhammad Al-Ghazali dilahirkan hari Sabtu, 22 September 1917 M /5 Zulhijjah 1335 H, desa Nakla al-Inab, kawasan Itai al-Barid, Wilayahi al-Buhairah, Mesir. Beliau anak pertama dari tujuh bersaudara, tumbuh dalam keluarga yang sederhana. Al-Ghazali merupakan nama yang diambil ayahnya dari Imam Abu Hamid al-Ghazali (Hujjatul Islam), dengan harapan semoga anaknya kelak seperti Imam Ghazali. Ayahnya seorang pedagang, taat beragama, pengikut tarekat sufiyah dan hafiz al-Qur’an. Sebagaimana yang dikatakan Ibnu Khaldûn dalam bukunya Mukaddimahnya, “al-Rajulu Ibnu Bi’atihi”, seorang adalah anak zaman dari lingkungannya. Hal ini juga terjadi pada diri Muhammad Ghazali. Disebabkan ayahnya seorang hafiz, maka beliau pun dididik sejak kecil untuk menghafal al-Qur’an dan ketika belum genap berumur sepuluh tahun (baca: masih duduk dibangku sekolah dasar) beliau sudah hafal al-Qur’an secara keseluruhan.

Pendidikan Muhammad Ghazali pertama kalinya diawali dengan belajar di Kuttab (Sekolah Rendah) yang ada di desanya selama 6 tahun, setelah itu beliau melanjutkan pendidikan menengahnya di Ma’had Ad-diny – cabang Azhar- Iskandariyah dan menyelesaikan pendidikannya itu pada tahun 1932 M. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan Tsanawiyah di ma’had yang sama dan selesai tahun 1937 M/1357 H. Mulai saat inilah bakat dan perhatiannya terhadap dunia dakwah mulai muncul, terlebih setelah beliau mengikuti pengajian Hassan al-Banna yang dilakukan selesai solat maghrib. Kemudian beliau melanjutkan pendidikannya di Universiti Al-Azhar Kaherah dan meneruskan pada tahun 1941 M/1361 H di Fakulti Ushuluddin dan menyelesaikan masternya di jurusan Ad-dakwah Wa al-Irsyad tahun 1943 M/1363 H. Beliau bernikah ketika masih menjadi mahasiswa dan memiliki sembilan orang anak. Namun, yang dapat hidup bersamanya tujuh orang, dua orang laki-laki dan lima orang puteri.
Muhammad Ghazali sibuk mengajar dan berkhutbah sejak masih menjadi mahasiswa. Dan ketika selesai menempuh peringkat ijazah, beliau diangkat menjadi imam dan khatib di masjid ( al-‘Atabah al-Khadhro’ ) di pusat kota Kaherah. Disebabkan beliau sudah terlatih dalam berdakwah dan khutbah sehingga Departmen Kementerian Wakaf memposisikannya sebagai pengawas dan Pengarah kemasjidan ( 2 Julai 1971 ), dan menjadikannya staf kementerian wakaf dalam hal yang berkaitan dengan dakwah islamiyah ( 8 Mac 1981 ).
Ayah dari dua orang putera dan lima orang puteri ini tidak hanya berdakwah dan mengajar di Mesir sekitarnya saja, namun pernah juga menjadi dekan di beberapa universiti Saudi dari tahun 1974-1981 M, dan pernah juga ke Qatar dan menjadi dosen di beberapa universiti pada 1982- 1985 M. Dan pada tahun 1985-1988 beliau diminta menjadi dekan di Universiti Amir Abdul Qadir.
ghazali2.gif
Muhammad Ghazâli sangat terkesan dengan keperibadian beberapa tokoh. Diantaranya, Hasan al-Banna, pengasasi al-Ikhwan al-Muslimun. Disamping beberapa tokoh lainnya, seperti Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Muhammad Abndullah Daraz, Syeikh Abdul ‘Azim al-Zurqoni dan Syaikh Muhammad Abu Zahroh.

Pemuda dari Nakl ‘Inab ini penah dipenjara ketika terjadinya kekejaman dan fitnah pada kelompok Ikhwanul Muslimun. Beliau dipenjara tahun 1949 di bilik al-Thour dalam penjara “Thurroh”, selama disoal-siasat beliau selalu bersama Imam Syahîd Hasan al-Banna.
Hari Jumat petang, tepatnya tanggal 9 Mac 1996/17 Syawal 1416 H “kurnia Allah” ini dipanggil kepangkuan-Nya. Ketika itu beliau sedang barada di Auditorium Raja Fahd dalam acara seminar pendidikan dan kebudayaan. Ada suatu hal yang mengagunkan, beliau masih sempat menuliskan beberapa catatan untuk membela dan mempertahankan agama Islam. Dan dikuburkan di pemakaman depan kiri masjid Nabawi, pemakaman Baqi’, Madînah al-Munawwarah.
Muhammad Ghazâli seorang Dai
Ketertarikan Muhammad Ghazali terhadap Imam Syahid Hasan al-Banna membuatnya ingin mengikuti jejak perjalanan lelaki karismatik tersebut. Tidak hanya sampai disitu, pemuda dari pwilayah Buhairoh ini pun mempelajari metode dakwah dari pemimpin pergerakannya. Maka Tidak hairan jika seluruh umurnya digunakan untuk berdakwah. Pelbagai tentangan terus dihadapinya, dari mengingkannya untuk ikut bergabung – tidak hanya sekali- dengan partai yang berkuasa pada saat itu sampai hal yang menjerumuskannya ke dalam penjara (1949 M).
Kaedah Dakwah Muhammad Ghazali
ghazali4.gif
Sebagai dai yang berbakat, pemuda kelahiran 22 September ini tentu memiliki beberapa instrument dalam menyampaikan dakwahnya. Diantaranya:

a. khutbah

Alumni Azhar jurusan Dakwah Wa al-Irsyad ini mulai menekuni bakat dakwahnya sejak menjadi mahasiswa ijazah lagi. Dengan begitu berbakatnya, sehingga beliau pernah dilantik menjadi Pengarah Kemasjidan yang sudah pasti selalu berkaitan masalah khutbah. Muridnya, Syeikh Yusuf Qaradhawi, menggambarkan cara dakwah beliau dalam buku yang membahas tentang dirinya. Beliau mengatakan: “Awal pertama kali aku mendengarnya ber-khutbah ketika beliau baru keluar dari Penjara al-Thour sampai sekarang tidak pernah menagalami perubahan. Beliau selalu menggunakan topik yang hangat dan ilmiah. Dalam menjelaskan suatu permasalahan beliau selalu akar masalah sampai solusinya. Al-Qur’an merupakan dalil utama beliau dalam membahas suatu topik, sehingga ketika mendengar ayat-ayat Ilâhi tersebut seolah-olah ayat itu dikarangnya sendiri dikarenakan fasihnya lidah dan penjelasan beliau terhadap kalam ilâhi tersebut. Ketika membaca hadits Rasululullâh beliau selalu menjelaskan posisinya. Bahasa yanag digunakannya ketika berdakwah penuh dengan estetika dan selalu menjaga gramatikalnya sehingga tidak perlu lagi pada pensyarahan ataupun peneletian terhadap apa yang didakwahkannya. Bahasa yang digunaknya selalu sesuai dengan kondisi orang yang sedang mendengarnya sehingga tidak perlu lagi untuk melihat kamus ataupun mencari-cari arti yang disampaikannya. Ketika beliau melihat suatu hal yang bersifat kemungkaran, metode yang digunakannya untuk menghilangkan hal tersebut selalu menggunakan bahasa yng sopan tanpa menyinggung orang yang melakukan kemungkaran tersebut sehingga dakwah yang disampaikan mempunyai pengaruh.

b. Buku

Mantan seketriat majalah mingguan “al-ikhwan” ini tidaknya hanya menggunakan cara khutbah saja dalam menggunakan dakwah, beliau juga menggunakan pena sebagai salah satu alat untuk pengembangan dakwah islamiyah. Karyanya lebih dari 60 buku dengan pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Diantaranya, al-Islam Wa al-Audho’I Wa al-Iqtishad, al-Islam Wa al-Minhaj Wa al-Isytirâkiyah, Turâtsuna al-Fikrî Fî Mîzâni al-Syar’i wa al-’Aql. Bahasa yang beliau gunakan penuh dengan estetika dan keotentikannya. Dr. Yusuf Qaradhâwi sendiri mengakui keindahan bahasa beliau, sehingga mengibaratkannya seperti pedang Khalid Bin Walid ataupun Shalâhuddîn. Bahasanya begitu tajam dalam mengatasi kemungkaran dan begitu kuat dalam mempertahankan kebenaran. Beliau tidak pernah gentar dan takut dalam membahas sesuatu hukum, namun semua itu penuh dengan bahasa sopan dan teratur.

c. Media Massa

Media massa merupakan caranya yang pertama kali dalam mengembangkan dakwah selain tulisan. Beliau tidak hanya menjadi kolumnis di majalah mingguan “al-Ikhwan” saja. Pengagum Hasan al-Banna ini pun juga rajin mencoretkan tintanya di majalah “al-Mabâhis” setelah keluar dari tumah tahanan tahun 1949. Selain itu, beliau juga rajin menulis di majalah “al-liwa’ al-Islami”, Mesir, dan majalah “al-Ummah”, Qatar, selama enam tahun yang akhirnya diberhentikan tanpa ada pemberitahuan.
Disamping sebagai kolumnis, beliau juga memiliki ruangan khusus wawancara di majalah “al-Ummah” seputar masalah hukum-hakam islam. Maka, tidak hairan jika pengasas Ikhwanul Muslimin melayangkan surat tanda kekagumannya terhadap artikel beliau dalam salah satu ruang di majalah “Ikhwan” yang memberikan idea positif terhadap pergerakan Ikhwânul Muslimin dan terus memberinya peransang untuk tetap semangat dalam mencoretkan tintanya demi meninggikan syiar dakwah islamiyah.
ghazali3.gif
Hari Jumat petang, tepatnya tanggal 9 Mac 1996/17 Syawal 1416 H “kurnia Allah” ini dipanggil kepangkuan-Nya. Ketika itu beliau sedang barada di Auditorium Raja Fahd dalam acara seminar pendidikan dan kebudayaan. Ada suatu hal yang mengagunkan, beliau masih sempat menuliskan beberapa catatan untuk membela dan mempertahankan agama Islam. Dan dikuburkan di pemakaman depan kiri masjid Nabawi, pemakaman Baqi’, Madînah al-Munawwarah.
Inilah profil seorang mujaddid islam yang memiliki semangat yang tinggi dalam menyebarkan dakwah islamiyah. Semoga ini mampu menjadi qudwah bagi para aktivis dakwah untuk selalu menebarkan dakwah dari segala sisi tanpa pernah takut terhadap rintangan yang datang. http://schooloflife.wordpress.com/tokoh/

Poskan Komentar